About US

My photo
es Kalang Kukus es es Obadus es es Para Sintit, Right Lambuck Ville, Jungle Ville & Root River, Brunei
We are cousins. We are friends. We are brothers. We are sisters. We are family. We are ONE! We are HCAC!!

Thursday 30 October 2008

CONGRATS TO LEECH & NUWOL!!

Di hari yang berbahagia ini, saya mewakili ahli HCAC ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Leech & Nuwol diatas kejayaan selama berpuluh tahun untuk merangkul kejayaan sebagai pemegang skrol Degree. Bah, nanti sharing gambarrrr :P

Wednesday 22 October 2008

Berita Keluarga

Berita Keluarga Paci Bakar, anak nini Hjh Piah telah kembali kerahmatullah pada pagi ini, 22hb Oktober 2008, di hospital. Pihak hospital telah mendapati bahawa beliau telah mengalami pendarahan di kepala akibat terjatuh beberapa hari yang lalu. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa beliau dan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam orang-orang yang beriman. Amin. Al Fatihah.

Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Bakti HCAC 2008

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Berita-berita petang. Yang amat mulia Awg Mohd Hafiy ibni Haji Abd Wahab, member setia HCAC, telah menerima anugerah pingat bakti HCAC bagi tahun 2008 sebagai mercu tanda penghargaan dan kasih sayang GM. Turut hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia Yul aka Phatty, Setiausaha Tetap HCAC serta Yang Mulia Datin Hjh Saadiah aka amitiah. Majlis diselajuri dengan acara khatam Al-Quran dan menabur bunga rampai kepada ahli-ahli yang diraikan. Majlis yang diadakan di sekolah tersebut bermula kira-kira pada pukul 2 kelmarin petang dan berakhir pada pukul 4 lalu. Mengakhiri berita, wabillahi taufiq wahidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday 20 October 2008

Cuti-Cuti Rumah Bungsu!

Ari 6 ari tu kan cuti kan jadi nya kan kami kan HCAC kan ramai-ramai lah kan krumah Bungsu kan lepak-lepak kan. Pas tu kan kami siok la sana kan. Buat Rojak, buat Banana Split then main games sama main badil. Walaupun Raya boring sudah p main badil memang kami suka tu!
Yatah kan kami ramai-ramai atu kan siok banar-banar! Yang bini-bini kan biasa la kan gossip-gossip la kan terutama golongan veteran la kan. Yang muda-muda rilek-rilek saja la kan, selain makan-makan dan posing-posing dapan kamera kan. Yang laki-laki, selain main badil kan, dorang liat bula pas tu kan main sama Haziq la kan. Kami sana kan dari pukul 2 patang kan sampai pukul 11.30 malam kan pasal nya kan kami takut kan balik lalu kubur arah Terunjing kan masa tangah malam .... Eeeeeeeeeeee!!! Kami kanyang la kan makan soto kan, makan ketupat kan, daging kan, pas tu minum Pepsi!! Nyum-nyum!! Macam siok la kan kumpul-kumpul hari tu kan. Bulih buat macam-macam la kan, masak-masak, main-main, uyung-uyung, lusir-lusir, tapuk-tapuk .... Pokok nya, siok la! Kan??? :-P 11.00pm - amit Hjh Saadiah ngantuk2 dah d veterans with their family affairs hehehe org-org muda bedudun. Baoji sakit dimna2..hahaha nda kamching! memvainkan diri sekajap haziq with his Boro crackers n shades, n tabung duit usin 1c ehehehe caught in d act haziq men tapuk sep sma Phatty . haqiz betapuk now belakang tabir blakang krusi. p his cute feet nampak hehehehe sesi berabut kan banana split durang pelakian meliat bula hafiy asik menikmati lagu2 kesukaan beliau lam mubail gotcha! c anip masani melayan lil cuzzies. Sebagai administrator berkalibar, beliau berjerih payah mengusaikan pemenan mutusikal hadiah c arib dari julibee dan ahernya berjaya!!!
SYOK KAAAANNN???!!! :D

Thursday 16 October 2008

BUZZDAY MEMBERS

Happy birthday to members di bawah: * NuWoL - 16th Oct (today!) * Nyito - 18th Oct * Baree - 24th Oct * Kaka Mahani - 31st Oct Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaapy! Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapy! Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapy! Happy Birthday to Youuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!! :D

Sehari Sepatah Maksud: LAMPUH atau BERISI?

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh para members dan krew-krew HCAC sekalian. Sempena aidilfitri yang mulia ini, saya selaku wakil dari pihak General Manager HCAC berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sebelum saya menyampaikan kata-kata 'Sehari Sepatah Maksud', terlebih dahulu saya memohon maaf dari hujung kuku jari hingga kuku batis diatas kesilapan dalam melaksanakan tugas-tugas HCAC dalam blog ini. Memandangkan krew-krew yang terlibat dalam HCAC ini tergolong dari yang sihat-sihat belaka, saya memilih tajuk di atas sebagai kata-kata semangat untuk kita semua dalam mengharungi onak ranjau kita sehari-hari dalam mencapai matlamat hidup sebagai HCAC yang berguna kepada agama, bangsa dan negara! hidup HCAC!! Fighting @ kelaieee!!
Pertama sekali, ingin saya membawa para members sekalian untuk merenung bersama, apa itu 'Lampuh'? Lampuh pada lughatnya bererti 'gemuk'. Pada amnya, ia bermaksud sesuatu atau seseorang yang mempunyai ukuran badan yang besar dari yang sepatutnya. Ada kalanya orang kitani tersilap ertikan perkataan lampuh dan berisi. Berisi lebih membawa kepada gambaran sesuatu atau seseorang yang masih mempunyai daging mengikut 'curves' tetapi kurang lemak.
Sementara seseorang yang lampuh pula tidak mempunyai bentuk badan 'curves' yang diidami para jelita yang hengsam dan mempunyai lapisan 'cellulite' yang amat ketara pada pandangan mata. Selalunya, orang lampuh mudah merasa panas dan berpeluh apabila tiada angin atau aircon, mengeluarkan aura yang kurang menyenangkan dan mudah berbadas di bahagian-bahagian sempit terutama sekali peha disebabkan terlalu lama berjalan kaki dan berdamal. badas bermaksud ruam dan gatal-gatal
Seringkali, perkataan lampuh turut menyelitkan pelbagai makna yang berbeza. Diantara makna-makna itu adalah kata-kata pujian dan perubahan. Sebagai contoh, "aii lampuh jua kucing mu ah..kiut ihh..", menunjukkan sesuatu yang gemuk itu merupakan satu pujian. Atau didalam situasi yang lainnya, perkataan lampuh memberi 'hint' seperti, "aii lampuh tah ko jah.." (dengan muka senyum sinis dan hidung kembang kempis). Dari dua contoh di atas, contoh kedua sering dikaitkan dengan pengecilan hati disebabkan oleh si lampuh merasa dirinya dipermalukan dikhalayak ramai. Permasalahannya ialah kenapakah lampuh itu dianggap sebagai satu penghinaan? Mengapakah, terutama sekali kaum lelaki, lebih cenderung kepada tubuh badan wanita yang sexy mexi ala supermodels dan jijik dengan pandangan kaum hawa yang lampuh? Bukankah ciri-ciri utama dalam mencari pasangan hidup adalah 'agama', 'ilmu', 'harta' dan terakhir sekali adalah 'rupa'? Bagi mereka yang tahu menilai pentingnya kelampuhan akan tahu rahsia kecantikan disebalik lampuh. Mungkin pada lumrahnya, dalam masyarakat kitani lampuh itu bida. Tetapi, dalam masyarakat lainnya seperti di Afrika, kelampuhan adalah suatu anugerah Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Masyarakat tersebut malah sebaliknya memandang wanita atau lelaki lampuh lebih cantik dan termasuk didalam golongan 'middle and/or upper class'. Lebih mengagumkan lagi, masyarakat tersebut mempunyai satu panggilan mulus yang ditujukan buat kaum lampuh, khususnya kaum wanita, dengan panggilan, Thick Madame (erti dalam bahasa kitani, Puan Tebal). Susahkah masyarakat kitani, jika tidak mencontohi masyarakat Afrika, tetapi sekadar menghormati perasaan kaum lampuh? Haruskah perkataan lampuh diselajuri dengan olokan dan senyum sinis? Sebagai kata semangat buat kaum lampuh, janganlah berkecil hati kerana kelampuhan juga suatu nikmat. Bak kata pepatah orang putih, "We need fats to burn fats" (erti bahasa kitani "kita perlu lemak untuk memasak lemak"). Oleh yang demikian, masih belum terlambat wahai members sekalian untuk, bukan sahaja menjadi berisi dan chantek, tetapi yang lebih penting menjadi warga sihat. Contohilah GM kita Arzique yang telah bertungkus lumus mengurangkan berat badan beliau selama berabad. Sila perhatikan gambar di bawah:
2004: GM (kiri hujung bukan kanan hujung) ketika turun padang menghantar rombongan Menteri Perdagangan menguruskan bisnes ke luar negara) 2005: GM sewaktu mengikuti aksi panggung mengambil peranan sebagai Bu Ajah Sauyah. Ada sedikit kureng Present: Perbezaan yang amat luarbiasa hantap ketara. dan semenjak itulah, GM seringkali dijumpai menghadiri pesta di hotel-hotel ternama. Sehingga kadangkala, para wartawan tersilap anggap GM sebagai artis Indonesia dan pemilik butik ternama, IVan Gunawan
Jika GM mampu, mengapa kita tidak?!!!
6 Tips yang boleh kita teladani dari GM adalah seperti: 1) mengamalkan jogging setiap petang bersama ariss di Industri kawasan Lambak (disebabkan jarak trek lebih panjang dibanding di stadium atau mana-mana komplex bersukan lebih effective dan productive dalam menghancurkan lemak sehingga 90% dalam masa 30 minit) sambil mendengar lagu-lagu yg dibwakan oleh ABBA seperti S.O.S, Fernando dan Chiquitita (kerana yang lain mana GM suka tu), 2) menggunakan alat penggegar perut setiap kali selepas berolah raga bertujuan bagi mengetatkan lemak perut yang mula kandur 3) mengamalkan meminum teh herba sebelum tidur dan selepas makan, yang boleh didapati di mana-mana pasaran terdekat awda.
4) sering mandi 4 kali sehari bagi mengubah aura tubuh badan semulajadi dengan menggunakan haruman seperti perfume, syampu, dan sebagainya. 5) menggunakan bedak sejuk ala-ala mint seperti Protex mampu menyejukkan badan dan mengurangkan potensi berbadas di daerah-dareah yang berkenaan. Produk ini boleh didapati di Guardian dengan harga yang berpatutan. 6) dan akhir sekali mengamalkan kehidupan ceria dan sentosa bersama yang tercinta
dan KAU BOLEH!!!!!!
Fikirkan Boleh Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Kau fikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Engkau boleh
Pesanan dari kami, janganlah terlalu obses dengan figur tidak cukup makan. Apakah ini yang kita inginkan dari para krew dan members??
Jawapannya ada di tangan awda. Utamakan hidup sihat! Jauhi dadah! Sekian dulu dari kami HCAC! Fighting!!!!!! Bibir dikulum makan buah pala Hidup sukan untuk negara!! HIDUP HCAC! HIDUP HCAC!!!! HIDUP HCAC!!!!!!!!!!!!! p/s: Saja-saja ni. inda pandai beupdate.aku mengupdate nah! hahahahhahha buat renungan bersama hmmmmmmmm...

Thursday 9 October 2008

MASIH KAH KAU INGAT ........

Sigh~~~ Sian kaaan rumah nini aaah .... Kamu~~~ Nanti tani kumpul duit buat rumah baru mau?? Sort of family tani punya runaway place in weekends............ Vote for YES or NO ............... Huhu .......... Sian eyhhhh rumah aahhh ..................

MAKLUMAT TERKINI

Dengan ini dimaklumkan perkara berikut: 1. Kerana sebab-sebab yang tidak dapat diatasi, LOGO HCAC tidak dapat dicetak pada permukaan baju HCAC. 2. Untuk tidak menghampakan para pengikut semua, label HCAC akan dicetak pada baju disebelah belakang. Reka bentuk adalah diatas budi bicara manager kedai. 3. Warna baju adalah dengan ini disahkan berwarna biru tua bertaris kelabu (Navy Blue/grey) seperti yang dipersetujui ramai. 4. Seperti yang telah dimaklumkan pada pukul 5 ptg tadi, baju akan dijangka siap dan tiba ditangan semua ahli pada minggu depan, insyaAllah ... 5. Pembayaran adalah disarankan untuk dikumpulkan kepada Kaka Yanti sebelum minggu depan. 6. Yang confirmed membeli baju adalah ahli-ahli berikut: - The Ahmads - The Wahabs - Nazimo & bros - Yanti & Nijam - G-mah & Ajim Sekian, harap maklum ............. Eh apa daaahh pakai Bahasa Melayu Baku!!! Uweekkkk!!! =P

Friday 3 October 2008

Open House Lambak!

Perhatian-perhatian!Today 3th October,The Wahabs akan mengadakan open house yang dimulakan acaranya pada pukul 1.30 ptg yang bertempat di rumah Prime Minister of H.C.A.C iaitu di Lambak Kanan-Kepada sesiapa yang bekesudian akan datang,maklumlah rumah kami ani inda bebadil,so kepada orang yang ada badil,silalah bawa untuk bermain bersama2 untuk mengeratkan lagi silaturrahim.wawa~-Keyh hanya itu sahaja berita untuk warga H.C.A.C-dari kami radio telebisin lambak,asalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh-~

Thursday 2 October 2008

Open house di rumah Tua Siah

Kepada Warga H.C.A.C: Di jemput datang ke rumah terbuka Tua siah & Family pada hari Sabtu 4th October 2008. Jam: 12tghari - Till stock last.. Dtg jgn tak datang! angpau menantiii..

Wednesday 1 October 2008

MESYUARAT TERGEMPAR!

To All H.C.A.C. Members. For Your Information .. Tentang pemilihan baju H.C.A.C. Ada Sikit Problems so .. Semua Members DIKEHENDAKI BERJUMPA DI RUMAH GM Of H.C.A.C. pada RAYA KE-4 , pada pukul 3 PTG. Pakaian Adalah Bebas. --> Nda Payah Pakai Baju Cara Melayu <-- Harap Maklum--Peace H.C.A.C.--

STEPS TO POSTING......

Cousins ku tersayaaaanggg .... Ni nah cara mempost entry di blog ani (kesian eyhh... nda tauuu hehehe ..........) 1. Click icon sign in di atas ujung kanan 2. Enter username & password 3. Click icon new post (arah page Blogger or arah icon new post atas kanan) 4. Type tajuk entry arah title 5. Type tia apa kamu kan tulis dalam box 6. Click publish post 7. Voila!! Siap!!! :D TRY NOW!!! ;)