About US

My photo
es Kalang Kukus es es Obadus es es Para Sintit, Right Lambuck Ville, Jungle Ville & Root River, Brunei
We are cousins. We are friends. We are brothers. We are sisters. We are family. We are ONE! We are HCAC!!

Thursday 16 October 2008

Sehari Sepatah Maksud: LAMPUH atau BERISI?

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh para members dan krew-krew HCAC sekalian. Sempena aidilfitri yang mulia ini, saya selaku wakil dari pihak General Manager HCAC berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sebelum saya menyampaikan kata-kata 'Sehari Sepatah Maksud', terlebih dahulu saya memohon maaf dari hujung kuku jari hingga kuku batis diatas kesilapan dalam melaksanakan tugas-tugas HCAC dalam blog ini. Memandangkan krew-krew yang terlibat dalam HCAC ini tergolong dari yang sihat-sihat belaka, saya memilih tajuk di atas sebagai kata-kata semangat untuk kita semua dalam mengharungi onak ranjau kita sehari-hari dalam mencapai matlamat hidup sebagai HCAC yang berguna kepada agama, bangsa dan negara! hidup HCAC!! Fighting @ kelaieee!!
Pertama sekali, ingin saya membawa para members sekalian untuk merenung bersama, apa itu 'Lampuh'? Lampuh pada lughatnya bererti 'gemuk'. Pada amnya, ia bermaksud sesuatu atau seseorang yang mempunyai ukuran badan yang besar dari yang sepatutnya. Ada kalanya orang kitani tersilap ertikan perkataan lampuh dan berisi. Berisi lebih membawa kepada gambaran sesuatu atau seseorang yang masih mempunyai daging mengikut 'curves' tetapi kurang lemak.
Sementara seseorang yang lampuh pula tidak mempunyai bentuk badan 'curves' yang diidami para jelita yang hengsam dan mempunyai lapisan 'cellulite' yang amat ketara pada pandangan mata. Selalunya, orang lampuh mudah merasa panas dan berpeluh apabila tiada angin atau aircon, mengeluarkan aura yang kurang menyenangkan dan mudah berbadas di bahagian-bahagian sempit terutama sekali peha disebabkan terlalu lama berjalan kaki dan berdamal. badas bermaksud ruam dan gatal-gatal
Seringkali, perkataan lampuh turut menyelitkan pelbagai makna yang berbeza. Diantara makna-makna itu adalah kata-kata pujian dan perubahan. Sebagai contoh, "aii lampuh jua kucing mu ah..kiut ihh..", menunjukkan sesuatu yang gemuk itu merupakan satu pujian. Atau didalam situasi yang lainnya, perkataan lampuh memberi 'hint' seperti, "aii lampuh tah ko jah.." (dengan muka senyum sinis dan hidung kembang kempis). Dari dua contoh di atas, contoh kedua sering dikaitkan dengan pengecilan hati disebabkan oleh si lampuh merasa dirinya dipermalukan dikhalayak ramai. Permasalahannya ialah kenapakah lampuh itu dianggap sebagai satu penghinaan? Mengapakah, terutama sekali kaum lelaki, lebih cenderung kepada tubuh badan wanita yang sexy mexi ala supermodels dan jijik dengan pandangan kaum hawa yang lampuh? Bukankah ciri-ciri utama dalam mencari pasangan hidup adalah 'agama', 'ilmu', 'harta' dan terakhir sekali adalah 'rupa'? Bagi mereka yang tahu menilai pentingnya kelampuhan akan tahu rahsia kecantikan disebalik lampuh. Mungkin pada lumrahnya, dalam masyarakat kitani lampuh itu bida. Tetapi, dalam masyarakat lainnya seperti di Afrika, kelampuhan adalah suatu anugerah Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Masyarakat tersebut malah sebaliknya memandang wanita atau lelaki lampuh lebih cantik dan termasuk didalam golongan 'middle and/or upper class'. Lebih mengagumkan lagi, masyarakat tersebut mempunyai satu panggilan mulus yang ditujukan buat kaum lampuh, khususnya kaum wanita, dengan panggilan, Thick Madame (erti dalam bahasa kitani, Puan Tebal). Susahkah masyarakat kitani, jika tidak mencontohi masyarakat Afrika, tetapi sekadar menghormati perasaan kaum lampuh? Haruskah perkataan lampuh diselajuri dengan olokan dan senyum sinis? Sebagai kata semangat buat kaum lampuh, janganlah berkecil hati kerana kelampuhan juga suatu nikmat. Bak kata pepatah orang putih, "We need fats to burn fats" (erti bahasa kitani "kita perlu lemak untuk memasak lemak"). Oleh yang demikian, masih belum terlambat wahai members sekalian untuk, bukan sahaja menjadi berisi dan chantek, tetapi yang lebih penting menjadi warga sihat. Contohilah GM kita Arzique yang telah bertungkus lumus mengurangkan berat badan beliau selama berabad. Sila perhatikan gambar di bawah:
2004: GM (kiri hujung bukan kanan hujung) ketika turun padang menghantar rombongan Menteri Perdagangan menguruskan bisnes ke luar negara) 2005: GM sewaktu mengikuti aksi panggung mengambil peranan sebagai Bu Ajah Sauyah. Ada sedikit kureng Present: Perbezaan yang amat luarbiasa hantap ketara. dan semenjak itulah, GM seringkali dijumpai menghadiri pesta di hotel-hotel ternama. Sehingga kadangkala, para wartawan tersilap anggap GM sebagai artis Indonesia dan pemilik butik ternama, IVan Gunawan
Jika GM mampu, mengapa kita tidak?!!!
6 Tips yang boleh kita teladani dari GM adalah seperti: 1) mengamalkan jogging setiap petang bersama ariss di Industri kawasan Lambak (disebabkan jarak trek lebih panjang dibanding di stadium atau mana-mana komplex bersukan lebih effective dan productive dalam menghancurkan lemak sehingga 90% dalam masa 30 minit) sambil mendengar lagu-lagu yg dibwakan oleh ABBA seperti S.O.S, Fernando dan Chiquitita (kerana yang lain mana GM suka tu), 2) menggunakan alat penggegar perut setiap kali selepas berolah raga bertujuan bagi mengetatkan lemak perut yang mula kandur 3) mengamalkan meminum teh herba sebelum tidur dan selepas makan, yang boleh didapati di mana-mana pasaran terdekat awda.
4) sering mandi 4 kali sehari bagi mengubah aura tubuh badan semulajadi dengan menggunakan haruman seperti perfume, syampu, dan sebagainya. 5) menggunakan bedak sejuk ala-ala mint seperti Protex mampu menyejukkan badan dan mengurangkan potensi berbadas di daerah-dareah yang berkenaan. Produk ini boleh didapati di Guardian dengan harga yang berpatutan. 6) dan akhir sekali mengamalkan kehidupan ceria dan sentosa bersama yang tercinta
dan KAU BOLEH!!!!!!
Fikirkan Boleh Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Kau fikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Engkau boleh
Pesanan dari kami, janganlah terlalu obses dengan figur tidak cukup makan. Apakah ini yang kita inginkan dari para krew dan members??
Jawapannya ada di tangan awda. Utamakan hidup sihat! Jauhi dadah! Sekian dulu dari kami HCAC! Fighting!!!!!! Bibir dikulum makan buah pala Hidup sukan untuk negara!! HIDUP HCAC! HIDUP HCAC!!!! HIDUP HCAC!!!!!!!!!!!!! p/s: Saja-saja ni. inda pandai beupdate.aku mengupdate nah! hahahahhahha buat renungan bersama hmmmmmmmm...

9 comments:

Anonymous said...

HCAC Fighting!!!

Hahaha!!! Cali entry ani tapi berguna untuk wagra semua.

Hidup HCAC! Hidup Untuk Sihat!!! Maju sukan untuk negara!!

Anonymous said...

eh eh! kamu atu post agi wah uduh alui hahahhahahhaa

Anonymous said...

I FEEL EXTREMELY FAAAAAAAAAATTTTTT!!! my cheek is chubbier, my waist is big, my thigh is fat! im a phat gurl!!! go go phatty!!!

Anonymous said...

Very good & entertaining post u got here! Congrats! Hehehe.. ;)

Anonymous said...

aha hidup HCAC!

Anonymous said...

Princess ... Told u so! Glad u dropped by! ;) Do come again! Hehe :P

Anonymous said...

hahahahaa siapa punya kraja kan ni..cali jua heee.-Yanti-

Mahani said...

HAHA Apakan kan keluar topic ada jua post nya ani. skajap psl lampuh atu baik, pastu kurangkan lemak tia. pastu dadah n maju sukan utk negara. hahaha. mun thesis grenti passsssssss nie

Mahani said...

HAHA Apakan kan keluar topic ada jua post nya ani. skajap psl lampuh atu baik, pastu kurangkan lemak tia. pastu dadah n maju sukan utk negara. hahaha. mun thesis grenti passsssssss nie